Sebut sahaja tentang ICT Fair saya pasti semua pelajar UKM tahu tentang itu. Sememangnya ICT Fair ini selalu diadakan di UKM. Tujuan asal mungkin mahu memudahkan pelajar mendapatkan alat-alat berkaitan teknologi. Bila dilihat dari segi positif mungkin ia sangat membantu kerana pelajar-pelajar di sini tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan keperluan berkaitan ICT. Semuanya tersedia di Aras 4, Bangunan Pusanika.
antara contoh gajet yang dijual |
Namun bila ia dilihat dari segi negatif pula, mungkin pelajar di sini akan berbelanja di luar keperluan mereka. Hal ini kerana bukan hanya gajet yang dijual di sini, tetapi barang-barang seperti pakain dan aksesori juga ada. Pelajar perempuan terutamanya akan suka membelanjakan wang mereka dengan membeli barang-barang ini. Akibatnya wang pinjaman PTPTN akan habis dilaburkan di sini. Tetapi ini semua hanya pandangan dari saya. Walau terdapat sedikit keburukan, saya percaya kebaikan mengatasi segalanya. Bagi diri saya sendiri juga saya tak kisah apabila ICT Fair ini diadakan. Sebab saya juga suka 'cuci mata'.