Showing posts with label UKM. Show all posts
Showing posts with label UKM. Show all posts

Monday, 28 May 2012

Dikir Barat :)

Ahli -ahli dikir barat

saya :)
Saya baru selesai membuat persembahan dikir barat untuk ARTISUKMA. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar :)

Monday, 21 May 2012

PROGRAM JATIDIRI UPSR

Pada 19 Mei yang lalu, satu program Jatidiri UPSR telah diadakan di Dewan Anwar Mahmud, FST,UKM. Program ini anjuran Badan Kebajikan Rakan Sebaya (BKRS) Kolej Ungku Omar, UKM. Seramai 285 orang peserta tahun 6 dari SK Semenyih telah menyertai program ini. Tujuan program ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengeratkan tali silatrurrahim antara pelajar dan guru-guru dari SK Semenyih dengan mahasiswa dan mahasiswa UKM. Ini juga bertujuan untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR tidaka lama lagi.

Sepanjang program ini berjalan, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. antaranya ialah, taklimat dari Ustaz Nur Naimi, iaitu alumni pelajar UKM, LDK, dan Explorace. Semua aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peserta.

Sebagai salah seorang fasilitator dari program ini, saya amtlah berharap program seperti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang. Hal ini kerana, pelbagai manfaat yang boleh diperolehi daripada program seperti ini.

Kumpulan 3: Beruang Comel =)

Saturday, 21 April 2012

Mid Exam~~~

Minggu ni dah masuk minggu ke-8 untuk sesi pembelajaran sem 2 aku di UKM ni. 
Berbagai cabaran berlaku sepanjang 8 minggu aku belajar ni. 
Tapi minggu ni yang agak mencabar sebab ada mid semester exam. bermula dari Selasa dengan lab test untuk aplikasi komputer, Sabtu untuk Mikroekonomi, ahad untuk pengantar Pemasaran dan Isnin untuk Matematik. Semua soalan mencabar. Harap-harap aku dapat menjawab semua soalan denga jayanya. :) 

Monday, 12 March 2012

MITRAD VIII (UPSM UKM)


Pada 12 hingga 16 Mac ini akan diadakan satu program di bawah anjura UPSM UKM. Antara beberapa aktiviti anjuran program ini adalah;
1. Bengkel penulisan resume
2. Slot graduan berkualiti
3. Mock interview
4. Jom daftar sebagai pemilah
5. Jom format laptop
6. Fesyen bajet
7. UKM top host 


Kepada pelajar-pelajar ukm diharap dapat meyertai aktiviti ini kerana begitu banyak manfaat yang boleh diperolehi daripadanya.

Monday, 27 February 2012

ICT Fair datang lagi...

Sebut sahaja tentang ICT Fair saya pasti semua pelajar UKM tahu tentang itu. Sememangnya ICT Fair ini selalu diadakan di UKM. Tujuan asal mungkin mahu memudahkan pelajar mendapatkan  alat-alat berkaitan teknologi. Bila dilihat dari segi positif mungkin ia sangat membantu kerana pelajar-pelajar di sini tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan keperluan berkaitan ICT. Semuanya tersedia di Aras 4, Bangunan Pusanika. 


antara contoh gajet yang dijual
Namun bila ia dilihat dari segi negatif pula, mungkin pelajar di sini akan berbelanja di luar keperluan mereka. Hal ini kerana bukan hanya gajet yang dijual di sini, tetapi barang-barang seperti pakain dan aksesori juga ada. Pelajar perempuan terutamanya akan suka membelanjakan wang mereka dengan membeli barang-barang ini. Akibatnya wang pinjaman PTPTN akan habis dilaburkan di sini. Tetapi ini semua hanya pandangan dari saya. Walau terdapat sedikit keburukan, saya percaya kebaikan mengatasi segalanya. Bagi diri saya sendiri juga saya  tak kisah apabila ICT Fair ini diadakan. Sebab saya juga suka 'cuci mata'.