Lenovo IdeaPad U300e adalah ultrabook terbaru dari Lenovo. Skrin IdeaPad U300e bersaiz 13 inci seperti ultrabook Dell Xps 13, memuatkan resousi maksima sebanyak 1366 x 768 piksel, nipis cuma 0.7 inci dan berat cuma 1.58 kg. Kerangka luarnya diperbuat dari bahan aluminium dihias dengan kemasan licin menjadikan luarnya nampak ‘glossy’.
Ultrabook ini dipacu oleh cip Intel i5-2467M digabung dengan sokongan grafik HD300, RAM sebanyak 4GB, 500GB kapasiti hard disc (atau boleh pilih storan Solid State Drive bersaiz 32GB), dilengkapi capaian WiFi, USB3.0, port HDMI, webcam, port untuk LAN, bateri bertahan sehingga 7 jam.
Harga Lenovo IdeaPad U300e di Malaysia lebih kurang RM2,877.60, di USA ia dijual pada harga $959.20 Dolar Amerika . Ultrabook ini belum lagi diperkenalkan di sini oleh Lenovo Malaysia, mungkin ia akan dibawa masuk beberapa bulan akan datang. Harganya cuma RM200 lebih mahal dari ultrabookAcerAspire S3 dengan cip Intel i5 iaitu RM2,599.