Thursday, 1 March 2012

Agar-agar milo:suatu kenagan


Agar-agar Milo

Agar2_milo
Lagi sejuk, lagi sedap



Bahan-bahan ( untuk 20 orang makan )

  • 1.5 LITER AIR
  • 1 PAKET AGAR-AGAR
  • 1/2 TIN SUSU PEKAT
  • 7 SUDU BESAR SERBUK MILO
  • GULA SECUKUP RASA

Cara-cara

  1. Campurkan milo dan susu bersama air panas ... kacau sebati ..dan asingkan ketepi dahulu...
  2. Mula-mula rebus agar-agar bersama 1.5 liter air sehingga mendidih dan masak...
  3. kemudian masukkan bancuhan milo dan susu yang diasingkan tadi ke dalam agar-agar dan kacau sebati
  4. boleh menambah gula ke dalam agar-agar mengikut sukatan manis yang anda inginkan...
  5. gaul rata...sehingga mendidih..apabila agar-agar sudah beruap,barulah kecilkan api...
  6. setelah agar-agar sudah betul-betul masak...tutup api dan biarkan dalam 20-30 minit.
  7. kemudian barulah bekukan di dalam peti sejuk ...apabila benar-benar beku..sedia untuk dimakan... selamat mencuba!!!!
~sesuatu yang menarik pernah berlaku dalam hidup saya kerana agar-agar milo,jadi saya letakkan resipinya di sini~

No comments:

Post a Comment