Maklumat berikut diperoleh daripada pegawai BPK:
1. SP dan HSP ICT masih belum berubah, hanya bertukar bahasa sahaja. Ianya bagi memenuhi tuntutan
MBMMBI bermula tahun 2012 dan kepada sekolah yang menggunakan pengantar subjek ICT Bahasa
Malaysia.
2. ICTL adalah program yang wajib ada di semua sekolah kerajaan yang mempunyai makmal komputer
kerajaan. Cara bagaimana perlaksanaannya adalah mengikut kemampuan sekolah dan setiap sekolah
mempunyai justifikasi masing-masing tentang perlaksanaan.
kerajaan. Cara bagaimana perlaksanaannya adalah mengikut kemampuan sekolah dan setiap sekolah
mempunyai justifikasi masing-masing tentang perlaksanaan.
3. Pendidikan Asas Vokasional (PAV) adalah satu aliran baru yang telah bermula mulai 3 Januari 2012
untuk murid tingkatan 1 pada 15 buah sekolah seluruh Malaysia. Murid-muridnya terdiri dari mereka
yang berpencapaian rendah dalam akademik.
4. Subjek baru yang di cadangkan bernama PVT akan menggantikan Kemahiran Hidup apabila KSSM
bermula, gambarannya ialah pada 2014. Apabila bermulanya PVT barulah ICTL termansuh bermula
dari murid ting 1 pada 2014. Surat permansuhan adalah sama seperti surat yang di terima oleh guru-
guru sekolah rendah apabila KSSR bermula di tahun 1 pada 2011 yang lepas dan ICTL tahun 1
termansuh kerana TMK telah berada di dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi (DST).
Walaubagaimanpun surat pemansuhan ICTL Menengah akan di keluarkan apabila tiba masanya nanti
kerana menjelang 2014 macam-macam boleh berlaku
No comments:
Post a Comment