Monday 27 February 2012

ICT Fair datang lagi...

Sebut sahaja tentang ICT Fair saya pasti semua pelajar UKM tahu tentang itu. Sememangnya ICT Fair ini selalu diadakan di UKM. Tujuan asal mungkin mahu memudahkan pelajar mendapatkan  alat-alat berkaitan teknologi. Bila dilihat dari segi positif mungkin ia sangat membantu kerana pelajar-pelajar di sini tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan keperluan berkaitan ICT. Semuanya tersedia di Aras 4, Bangunan Pusanika. 


antara contoh gajet yang dijual
Namun bila ia dilihat dari segi negatif pula, mungkin pelajar di sini akan berbelanja di luar keperluan mereka. Hal ini kerana bukan hanya gajet yang dijual di sini, tetapi barang-barang seperti pakain dan aksesori juga ada. Pelajar perempuan terutamanya akan suka membelanjakan wang mereka dengan membeli barang-barang ini. Akibatnya wang pinjaman PTPTN akan habis dilaburkan di sini. Tetapi ini semua hanya pandangan dari saya. Walau terdapat sedikit keburukan, saya percaya kebaikan mengatasi segalanya. Bagi diri saya sendiri juga saya  tak kisah apabila ICT Fair ini diadakan. Sebab saya juga suka 'cuci mata'.




Wednesday 22 February 2012

Pelangi Mula Bicara Tentang Dirinya



Nama penuh yang diberikan oleh abah tersayang kepada saya ialah NOR AZIRA BINTI NGADENAN. Oleh kerana saya dilahirkan pada tanggal 29 Jun 1992, maka saya sudah mencecah 20 tahun untuk tahun 2012 ini. Ah, terasa semakin tua. Sekarang ini saya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjanamuda pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bila semua anak-anak buah memanggil saya dengan panggilan ‘acu’ jelaslah saya ini anak termuda dalam keluarga saya. Dengan 3 orang abang dan 5 orang kakak. Ramai kan. Ya, saya punya keluarga yang besar dan saya sangat bahagia kerana itu.

Bercerita pula tentang perkara yang saya suka:Gadis Pelangi

Sememangnya saya sangat suka kan pelangi. Kenapa? Satu sahaja jawapannya. Sebab pelangi itu cantik. Warna warni dari pelangi itu boleh menceriakan saya.dan boleh buat hidup terasa lebih bahagia. Ada satu kata-kata tentang pelangi yang sangat saya suka;

Kadang-kadang kita bahagia melihat matahari
Dan terus bersedih tatkala hujan turun kerana membuat matahari pergi
Tanpa kita sedari selepas itu muncul pelangi yang lebih berseri.

seperti ros ini yang berseri bersama warna pelangi
Jelaskan betapa pelangi itu ada untuk mengubat hati yang sedang berduka….