Saturday 30 November 2013

kecai

demi hujan yang telah lama membasahkan taman hatinya
demi kerana guruh petir yang terbiasa terpekik di telinganya

dia kini menjadi jasad yang kaku bisu seperti bongkah batu
petir dan hujan tidak lagi menjadi alasan untuk dia takut dan gentar
biar dititis air berdekad berabad sehari semalam
dia takkan lagi berkecai

kerana jasad kakunya yang bisu itu
sudah lama bercerai berai.
sejak hari pertama suara petir itu - pekikkan benci pada jasadnya yang batu.

Thursday 28 November 2013

cinta menyempurna

di setiap rabak aku
kau selalu ada untuk datang menjahit rindu

di terkoyakkan seorang aku
kau ada mengutip percanya tuk disulam menjadi baru

ketika dunia seakan mau runtuh
kau bantu aku untuk terus teguh bersimpuh
kau heret aku dan larang sama sekali untuk aku mengeluh
biar aku selamat biar kau saja bermandi peluh

cinta,
apa lagi yang mahu aku minta?
apa lagi yang perlu aku tanya?
kau dah cukup sempurna
sesempurna aku tika kau jahit sulamkan madah cinta

Sunday 24 November 2013

telah lama pergi.

menjanji kasih bertaut sayang
menyulam rindu dan gila bayang

mengisi hati yang telah kosong
memutih jiwa yang lama rentung

takkan tercapaikan hajat kamu itu
takkan tersampaikan rasa karut itu

kerana tegap teguh tubuhnya yang dulu
berdekad sudah kosong dan rentung
cela benar dikerat dipotong

biar ikrar kasih dan sayang
rindu, mahupun gila bayang
tubuh tegap itu takkan pernah peduli
bagi dia jiwa dan rasanya
telah lama mati
telah lama pergi.

Thursday 21 November 2013

Sempurnakah Pelangi?

awak sentiasa jadi yang paling sempurna di mata saya
setiap saja lihat awak saya rasa seperti di awan bahagia
sampai siapa sahaja berani mengeji awak punya cela,
saya akan pantas tegah dan bela
bagi saya awak langsung tak ada sompek di mana mana

sempurna nya awak di mata saya
seperti pelangi di langit tinggi
menebar warna yang begitu warni
memancar gembira petang atau pagi
menjanji suka di sebalik gerimis dan terik mentari

tapi awak
saya lupa

awak cuma bagai pelangi yang sempurna
yang lumrahnya pelangi itu cuma jauh di langit tinggi sana
biarpun pelangi sempurna
biarpun pelangi penuh warna

pelangi tetap cuma hiasan dunia
yang kita boleh tengok saja
tak mungkin kita pegang
tak mungkin kita sentuh

dan awak tetap pelangi yang saya cuma boleh tengok dari jauh




Wednesday 20 November 2013

Jauh

Entah kenapa dengan hati ini
Di setiap adanya kamu
Ia seperti bunga yang bercambah

Entah kenapa dengan hati ini
Cuma dengan kamu melintas
Ia seolah warna pelangi melimpah limpah

Sudah sudah lah hati
sudah

Dia terlalu jauh untuk kau capai
Dia hanya mimpimu yang takkan sampai

Monday 18 November 2013

Dalam Pekat Malam

Dalam pekat malam itu,
Dia mencari
siapa dia hari esok

Dalam pekat malam itu,
Dia bermimpi
siapa dia hari esok

Namun sampai hari ini,
Dia belum jumpa
Dia belum tahu
Siapakah dia hari esok

Kerana dia cuma mencari, cuma bermimpi
Pada pekatnya malam itu.