Saturday 30 November 2013

kecai

demi hujan yang telah lama membasahkan taman hatinya
demi kerana guruh petir yang terbiasa terpekik di telinganya

dia kini menjadi jasad yang kaku bisu seperti bongkah batu
petir dan hujan tidak lagi menjadi alasan untuk dia takut dan gentar
biar dititis air berdekad berabad sehari semalam
dia takkan lagi berkecai

kerana jasad kakunya yang bisu itu
sudah lama bercerai berai.
sejak hari pertama suara petir itu - pekikkan benci pada jasadnya yang batu.

Thursday 28 November 2013

cinta menyempurna

di setiap rabak aku
kau selalu ada untuk datang menjahit rindu

di terkoyakkan seorang aku
kau ada mengutip percanya tuk disulam menjadi baru

ketika dunia seakan mau runtuh
kau bantu aku untuk terus teguh bersimpuh
kau heret aku dan larang sama sekali untuk aku mengeluh
biar aku selamat biar kau saja bermandi peluh

cinta,
apa lagi yang mahu aku minta?
apa lagi yang perlu aku tanya?
kau dah cukup sempurna
sesempurna aku tika kau jahit sulamkan madah cinta

Sunday 24 November 2013

telah lama pergi.

menjanji kasih bertaut sayang
menyulam rindu dan gila bayang

mengisi hati yang telah kosong
memutih jiwa yang lama rentung

takkan tercapaikan hajat kamu itu
takkan tersampaikan rasa karut itu

kerana tegap teguh tubuhnya yang dulu
berdekad sudah kosong dan rentung
cela benar dikerat dipotong

biar ikrar kasih dan sayang
rindu, mahupun gila bayang
tubuh tegap itu takkan pernah peduli
bagi dia jiwa dan rasanya
telah lama mati
telah lama pergi.

Thursday 21 November 2013

Sempurnakah Pelangi?

awak sentiasa jadi yang paling sempurna di mata saya
setiap saja lihat awak saya rasa seperti di awan bahagia
sampai siapa sahaja berani mengeji awak punya cela,
saya akan pantas tegah dan bela
bagi saya awak langsung tak ada sompek di mana mana

sempurna nya awak di mata saya
seperti pelangi di langit tinggi
menebar warna yang begitu warni
memancar gembira petang atau pagi
menjanji suka di sebalik gerimis dan terik mentari

tapi awak
saya lupa

awak cuma bagai pelangi yang sempurna
yang lumrahnya pelangi itu cuma jauh di langit tinggi sana
biarpun pelangi sempurna
biarpun pelangi penuh warna

pelangi tetap cuma hiasan dunia
yang kita boleh tengok saja
tak mungkin kita pegang
tak mungkin kita sentuh

dan awak tetap pelangi yang saya cuma boleh tengok dari jauh




Wednesday 20 November 2013

Jauh

Entah kenapa dengan hati ini
Di setiap adanya kamu
Ia seperti bunga yang bercambah

Entah kenapa dengan hati ini
Cuma dengan kamu melintas
Ia seolah warna pelangi melimpah limpah

Sudah sudah lah hati
sudah

Dia terlalu jauh untuk kau capai
Dia hanya mimpimu yang takkan sampai

Monday 18 November 2013

Dalam Pekat Malam

Dalam pekat malam itu,
Dia mencari
siapa dia hari esok

Dalam pekat malam itu,
Dia bermimpi
siapa dia hari esok

Namun sampai hari ini,
Dia belum jumpa
Dia belum tahu
Siapakah dia hari esok

Kerana dia cuma mencari, cuma bermimpi
Pada pekatnya malam itu.


Monday 28 October 2013

Manifesto Cinta

Jika rasa itu nanti datang dalam kau punya jiwa,
Aku janji rasa itu pasti rasa bahagia.

Jika rasa itu nanti dah mengalir dalam kau punya hati,
Aku janji rasa itu pasti bikin kau tak mampu lagi tidur mati.

Dan kalau betul rasa ini sudah mari,

Aku tau air sebaldi pun tak mampu buat mandi kau basah,
Nasi sepinggan dah licin pun rasa macam kau belum jamah.

Sebab inilah janji rasa itu.
Manifesto dia sejak dulu.

Monday 7 October 2013

kasih yang akan sentiasa ada

kasih aku masih tetap sama. betapa cinta aku pada mereka tak ternilai dengan kata-kata. terlalu manis anugerah ini. biar dikutuk keji orang. biar dihasut dengki mereka. yang terpenting kasih aku masih tetap sama. malah mungkin lebih membesar bila esok dan lusa. kalau difikir hidup yang tak pernah tersangka ini, memang aku tak akan pernah duga yang hidup aku akan dianugerahkan mereka. terlalu istimewa aku rasa.jangan ditanya dimana bermula tegur sapa aku bersama mereka. kerana semuanya sudah hilang ditelan bersama memori suka dan duka. aku sendiri sudah lupa. tapi, kasih aku masih tetap sama. 

kalaulah mampu aku katakan pada dunia seindah apa sedozen dihati aku, akan kukhabarkan hari-hari. biar dunia mengerti. biar dunia tak pernah lupa. aku terlalu cinta persahabatan ini. terima kasih korang untuk keihklasan ukwah sejati mengikat kasih antara hati yang telah terjalin ini. 

semoga antara kita tak akan pernah wujud sengketa. dan semoga biar dah beranak menantu cucu pun kita masih sed yang sama. terima kasih untuk rasa cinta ini kalian semua. terima kasih kerana sudi meletakkan aku sebagai kawan kepada kalian. terima kasih yang tidak terhingga. 

kasih aku masih tetap sama. tidak. kasih aku akan terus bercambah mekar bersama rasa cinta. biar waktu itu aku telah tua. kasih ini akan tetap ada. 






Saturday 5 October 2013

Pujuk

Aku memang jenis yang boleh terhidupkan kembali semangat cuma dengan membaca kata-kata pujangga.
Dikirim nota ayat bermadah puisi cinta sahaja mampu buat aku senyum dan tersentuh jiwa.
Kerana terkadang, ayat manis bagai gula itu lebih ikhlas bunyinya.

Jadi untuk pujuk rasa kamu, aku kirim ayat itu.
Entah mampu atau tidak kamu terpujuk seperti aku. Entah aku tidak tahu.

Yang terpenting,
cukuplah engkau tahu setiap bait kata dalam coretan itu ikhlas lahir dari hati aku.

Wednesday 2 October 2013

Bangkit

saat aku lemah, dibiarkan aku rebah
saat aku jatuh, dibiarkan aku mengaduh

aku ditinggal sendiri
aku dilantakkan tanpa simpati.
aku dibiar menangis meratapi seorang diri.

namun,
aku sedar kini.
atas kenapa aku tak dihirau ketika jatuh bagai tangga menghempap diri.
kenapa aku langsung seperti tak dipeduli.

itu,

kerana aku disuruh bangkit dengan kekuatan sendiri
kerana mereka yakin dengan kekuatan aku ini.

celik aku kini sedar kekuatan diri.
sedar siapa yang patut dicari kala masalah menghantui.

aku,
punya yang Ilahi.




Aku Semakin Tua

Mungkin aku dah semakin tua untuk rasa ini. 
Rasa yang aku perlu dihormati.

Mungkin aku sudah semakin tua untuk bicara lagak seorang senior dewasa. 

Aku tahu aku semakin tua. 
Semakin mudah kecil hati, mudah menyalah persepsi, makin mudah salah erti. 

Maaf dengan sikap makin tua aku. Sebab lumrahnya aku memang semakin tua. 

Wednesday 10 July 2013

Demam

Bila demam,
Kena minum air banyak.

Sedang aku?
Tak suka minum air masak.



Sunday 9 June 2013

Aku yang terkecewakan oleh Diri Sendiri

Ya, aku memang jenis yang mudah terkecewakan dengan hal remeh sekalipun.
Sebab aku jenis pemikir.
Dan sebab itu aku akan terdiam. Menjadi pendiam untuk sekejap.

Semua sebab hal remeh tu yang paling aku jaga jaga
Paling aku harap aku tak buat
Untuk kali kedua

Bila aku buat jugak
itu yang buat aku kecewa. Sangat.

Wednesday 5 June 2013

Dewasa

makin dia dewasa,
makin pandai dia berkata, makin petah bicaranya
makin dia dewasa,
makin berani dia, luncur laju tiap lakunya. tiap tingkah gerak dan gerinya

dia dewasa, katanya mau belajar kenal dunia
mau tilik tiap ragam manusia
mau perhati selok belok hidup mereka
juga mau rasa erti seorang insan tercipta

hari makin hari
hari berlalu pergi
esok menjengah, semalam hilang membawa diri, dan hari ini, harus hadap dan lalui

dan dia, dia makin dewasa
makin takut dengan yang dia hadap
makin tak sanggup dengan yang dia lihat
makin kecewa dengan apa yang dia harap

dewasa tak seindah yang dia sangka.
banyak betul buruk jahat dunia
banyak betul keji nista manusia
banyak betul dengki caci pendusta.

dan saat ini, dia rindu zaman kecilnya.
zaman belum tahu apa apa
masa wang saku 30 sen pun sudah cukup bermakna
tika bermain itu nikmat dunia.

kalau saja aku masih kecil, akan kudoa agar dewasa aku tidak ada pendusta
tidak ada pengkeji juga pengnista.
akan kudoa dewasa ku penuh gembira. penuh bahagia.

Lots Of Love,
A Z I R A N G A D E N A N

Wednesday 29 May 2013

ikut.suka.hati

ikut hati mati
ikut rasa binasa

kenapa? kalau dah macam tu, kita nak ikut yang mana?
--soalan tak puas hati sebab tak pernah dapat buat keputusan rasional

kan? memang macam tu lah kita
orang biasa. manusia
selalu rasa yang disuruh itu, tak kena
ada saja silapnya
kalau tak kat sini, mesti punya hujung sana

aku? selalu rasa itu. selaluu
sampai pernah sakit hati dengan tindakan sendiri

tapi tu semua, apa guna?
benda dah lepas. dah tak ada makna
menyesal buat apa?
kan kita selau baca--setiap yang berlaku tu, ada lah rahsianya, hikmah dibalik semuanya

sabar. redha. itu saja ubatnya.
nanti2 lupalah tu kita.

doa sentiasa. Dia ada penawarnya.

Thursday 23 May 2013

kemana aku?

pernah tak berada dalam persimpangan?
dalam keadaan dimana kita perlu membuat pilihan.
namun tetap tak tahu yang A atau B yang membawa kepada ke arah kebenaran.

ya, aku rasa itu sekarang
perlu percaya atau tidak
perlu diteruskan atau berhenti
perlukah aku?

mungkin nampak bukan macam masalah.
nampak macam biasa. tak perlu dipanjang cerita
tapi hakikat, aku cuma manusia. biasa.
semakin aku lari jauh, semakin aku rasa nak terjatuh.

aku rasa macam kalah.
kalah dengan diri sendiri.

rasa ini, terpaksa aku adukan pada 'gadis pelangi'
sebab aku sendiri dalam keadaan tak pasti.
semoga esok ada jawapan datang muncul diri.
bukan aku tak pernah meminta pada Dia.
selalu aku buat itu. cuma aku tak tahu. doa yang terbaik bagi aku.

Ya Allah. kuatkan hambamu ini. teguhkan hatiku. lindungi aku.

semoga setiap esok yang menjelma, makin baik hari aku.
makin sempurna imanku. masih teguh pendirian aku.

semoga tidak bongkak aku. tidak lupa. tidak alpa.




Tuesday 14 May 2013

Bahagia? Itu pilihan kita. :)

Kalau nak bahagia, itu pilihan kita. 
Esok atau hari ini kalau Allah kata kita akan bahagia, 
kita tetap akan bahagia.

Cuma, 
kita sebagai manusia haruslah usaha.
jangan asyik nak tanya kenapa.
Semua yang jadi tu bersebab. ada hikmah disebaliknya.
Asal kita sentiasa redha, pasti baik sentiasa untuk kita.

Tapi, kita manusia. Bukan mudah untuk elak rasa kecewa.

bagi aku,
cukup aku tau
aku ada Allah sebagai pencipta 
aku punya family yang sentiasa mengerti
punya sedozen yang selalu ada bila dicari
punya sahabat yang sentiasa sudi.
Sudi dengar segala luahan hati ini,
aku boleh bahagia. 

kerana bahagia, itu pilihan kita
Life is too simple. Then why make it complicated?

semoga aku tabah dengan semua ini.
Go. live happily. :)

Lots of love,
A Z I R A

Friday 29 March 2013

kalau asyik, bila?

kalau asyik nampak untungnya orang,
bila nak merasa bertuahnya aku.

kalau asyik nampak lebihnya orang,
bila nak merasa bagusnya aku.

kalau asyik nampak cantiknya orang,
bila nak merasa lawanya aku.

orang untung lebih cantik dari kita sebab kita cantik lebih untung dari dia.
tak ada orang sempurna. kita bertuah dengan cara kita.

syukur, sebab Allah tu adil.
kita hilang emas hari ini mungkin sebab kita nak dapat cinta esok hari.
ingat, Syukur!

Wednesday 27 March 2013

Ini Kisah K.I.T.A

K.I.T.A telah bersama. Warnai dunia.


Ketawa dan duka seiring bersama.


Waktu yang bergulir memisahkan K.I.T.A. 
Tapi hati K.I.T.A tak akan berpisah.


Satu cita-cita mimpi dan harapan.
Selalu bersama dalam satu rasa.


Rindukan selalu membayangi K.I.T.A
Menjalani waktu dengan kisah K.I.T.A



Bebaskan harimu dengan cintaku
Ekspresikan dirimu dengan laguku
Satukan mimipimu dengan mimpiku
Ini kisah K.I.T.A

 K I
 T  A

Ini kisah aku. Kisah aku punya K.I.T A. 
Jujur aku bahagia, bangga sebab berpeluang kenal kalian. 
KMPP, A2P1. Disitu bermula semua kisah ini. 
Disitu terpahat semua memori.

dan sekarang, apa aku mampu? 
Selain rindu, cuma harapan yang tinggal.
Harapan agar persahabatan ini kekal.

Terima kasih sebab pilih aku.
Pilih aku untuk jadi salah satu huruf dalam "KITA" itu.
Terima kasih sebab buat aku sebahagia ini.
Terima kasih sebab bagi aku peluang merasa
rasa ini.
Yang paling penting, TERIMA KASIH untuk segalanya. 
Sampai aku tak mampu senaraikan semua.
Sekali lagi, terima kasih.


Ini Kisah K.I.T.A

<Kyra><Iera><Tengku><Aten>

Lots of Love,
I E R A









Friday 22 March 2013

Hak Aku. Suka Bilang Saja

tak suka. cakap tak suka.

suka? bilang saja.

hak sendiri, hak hati.
hak rasa, hak merasa.

tak mungkin kita suka perkara sama. mungkin juga.

jadi kalau aku suka, biar saja. kalau salah? macam mana.

tegur, tak susah.
aku seorang yang boleh, bisa. menerima.

hak suka: hak aku, hak kita.
hak tegur: hak dia, hak mereka.

mereka tegur, kita terima.
dia kata, aku? biasa saja. masih sama.
kalau salah aku ubah. dari biasa jadi sempurna.

izin Dia, dari Dia, InshaAllah baik aku.

Lots Of Love,
A Z I R A

Thursday 14 March 2013

Cuma 2 Kata

Ucapan itu cukup mudah. Malah langsung tak susah.

Tapi kenapa?

Kenapa lagaknya manusia begitu sukar menuturkannya.

Langsung mereka tak pernah rasa, tak pernah duga. Betapa ucapan itu bermakna.




Thank You.
Terima kasih.

Masing-masing punya 2 kata. Membawa maksud yang sama.

Juga membawa rasa yang sama kepada si penerima.
Dihargai. Ya, rasa dihargai. Atas usaha yang dilakukan untuk menggembirakan orang lain, mereka terima balasan.

Walau balasan cuma dengan 2 kata itu. Tapi aku yakin ia bermakna.

Jadi anda, juga anda, juga diri ini. Cubalah.
Cuba tuturkan 2 kata ini kepada mereka.

Tak susah. Cukup mudah. Malah jauh sekali untuk rasa menyampah.

Cuma 2 kata. TERIMA KASIH. THANK YOU.

Lots Of Love,
A Z I R A



Tuesday 12 March 2013

Dear, Anum! :)

Nur Ilya Farhanum !
Saya, Nor Azira Ngadenan
nak mengucapkan
 H
A


P 
P

 Y

B

 I

R

 T

H

 D

A
 Y
 HAPPY BIRTHDAY !!!


Dear Sed05, 
You're stupid. You fail. You're weird. 
You're not perfect. BUT. That's Okay!
I'm like that too. We laugh at the randomest things. 
You know my ugliest side. Even though we disagree sometimes, we never fight.
When I'm sad, You were always there to make sure I'm okay. 
Thank you for being there for me.
I LOVE YOU, and always be like that.
Today, on your precious day, I pray to Allah, for keep our relations ever like this.
Again from me, HAPPY BIRTHDAY!

p/s: perkara yang paling aku harapkan, ada antara gambar JKS ni yg ko belum ada!

Lots Of Love,
CIK XIE



Monday 4 March 2013

Mereka, Anak-anak Yatim DAHIKMAH

Dimana kita saat ada yang memerlukan. Dimana kita saat mereka melambai minta perhatian.
Itu satu persoalan.
Bila kita terlalu bahagia, gembira, kita lupa tentang mereka. Terlupa disekeliling kita masih terlalu ramai yang sengsara.
Ramai yang menunggu, memohon andai bisa muncul satu pertolongan, ehsan dan belaian.

Sedangkan kita, yang punya harta, punya bahagia punya insan yang tersayang. Masih senantiasa rasa kurang.
Masih lupa memanjatkan kesyukuran.



Dan kepada adik adik yang tersayang, walau harta dan masa tak mampu aku berikan. Doa buat kalian sentiasa ada, InshaAllah.

Semoga kalian boleh mendapatkan masa depan yang lebih baik.
Semoga kalian lebih bersabar dengan dugaan ini.
Juga semoga kalian sentiasa kuat dan tabah andai ada badai yang melanda onak yang berduri.

Lots of Love,
K A K A Z I RA

Sunday 13 January 2013

Bersabar

Assalammualaikum.

Melihat kepada tajuk, aku pasti juga yakin semua orang tahu maksudnya. Bersabar bukan sesuatu yang sukar untuk dimengertikan. Namun bersabar adalah sesuatu yang amat sukar untuk diaplikasikan. Tidak ramai yang mampu menahan kesabaran andai terjadi sesuatu keatas diri mereka. Seringkali orang hilang sabar. Walau pada hakikat sebenar, Islam menuntut umatnya untuk sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan yang kita hadapi.

Bersabar perlu dalam banyak perkara. Dalam mencapai usaha, mengejar cita-cita, mahupun dalam keadaan yang sedang duka. Menunggu, menanti dan mengharap juga memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi.

Persoalan kenapa ia begitu sukar untuk dilakukan, kerana ia sesuatu yang dituntut. Lumrah kehidupan juga manusia, yang baik itu amat sukar dilaksanakan. Namun godaan syaitan pula begitu sukar untuk dielak.

Nasihatku kepada diri sendiri, juga pembaca yang mungkin ada membaca soal ini, harap bersabarlah dalam ranjau kehidupan. Tidak ada sesuatu yang mampu datang bergolek. Andai kita sabar, keindahan pasti muncul didepan. Allah sentiasa mahukan yang terbaik untuk hambanya.


Lots of love,
A Z I R A