Ucapan itu cukup mudah. Malah langsung tak susah.
Tapi kenapa?
Kenapa lagaknya manusia begitu sukar menuturkannya.
Langsung mereka tak pernah rasa, tak pernah duga. Betapa ucapan itu bermakna.
Thank You.
Terima kasih.
Masing-masing punya 2 kata. Membawa maksud yang sama.
Juga membawa rasa yang sama kepada si penerima.
Dihargai. Ya, rasa dihargai. Atas usaha yang dilakukan untuk menggembirakan orang lain, mereka terima balasan.
Walau balasan cuma dengan 2 kata itu. Tapi aku yakin ia bermakna.
Jadi anda, juga anda, juga diri ini. Cubalah.
Cuba tuturkan 2 kata ini kepada mereka.
Tak susah. Cukup mudah. Malah jauh sekali untuk rasa menyampah.
Cuma 2 kata. TERIMA KASIH. THANK YOU.
Lots Of Love,
A Z I R A
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, 14 March 2013
Sunday, 13 January 2013
Bersabar
Assalammualaikum.
Melihat kepada tajuk, aku pasti juga yakin semua orang tahu maksudnya. Bersabar bukan sesuatu yang sukar untuk dimengertikan. Namun bersabar adalah sesuatu yang amat sukar untuk diaplikasikan. Tidak ramai yang mampu menahan kesabaran andai terjadi sesuatu keatas diri mereka. Seringkali orang hilang sabar. Walau pada hakikat sebenar, Islam menuntut umatnya untuk sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan yang kita hadapi.
Bersabar perlu dalam banyak perkara. Dalam mencapai usaha, mengejar cita-cita, mahupun dalam keadaan yang sedang duka. Menunggu, menanti dan mengharap juga memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi.
Persoalan kenapa ia begitu sukar untuk dilakukan, kerana ia sesuatu yang dituntut. Lumrah kehidupan juga manusia, yang baik itu amat sukar dilaksanakan. Namun godaan syaitan pula begitu sukar untuk dielak.
Nasihatku kepada diri sendiri, juga pembaca yang mungkin ada membaca soal ini, harap bersabarlah dalam ranjau kehidupan. Tidak ada sesuatu yang mampu datang bergolek. Andai kita sabar, keindahan pasti muncul didepan. Allah sentiasa mahukan yang terbaik untuk hambanya.
Lots of love,

Monday, 21 May 2012
Billionaire Facebook Sudah Ada Isteri
![]() |
| Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan |
Jutawan muda dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg telah mengumumkan perkahwinannya dengan teman wanita Priscilla di status facebook miliknya pada 19 Mei 2012.Majlis sederhana ini dikatakan diadakan secara mengejut di kediaman Mark di Palo Alto, California.
Status Billionaire dah Mark ni, majlis kahwin simple je. Teman wanitanya ini sudah bersama Mark sebelum Facebook ditubuhkan. Wow cool. Tahniah!
![]() |
| gambar status Mark Zuckerberg di Facebook :) |
Thursday, 5 April 2012
7 perkara yang membuatkan anda bermotivasi di waktu pagi
Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda. Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!
Subscribe to:
Posts (Atom)