Sunday 13 January 2013

Bersabar

Assalammualaikum.

Melihat kepada tajuk, aku pasti juga yakin semua orang tahu maksudnya. Bersabar bukan sesuatu yang sukar untuk dimengertikan. Namun bersabar adalah sesuatu yang amat sukar untuk diaplikasikan. Tidak ramai yang mampu menahan kesabaran andai terjadi sesuatu keatas diri mereka. Seringkali orang hilang sabar. Walau pada hakikat sebenar, Islam menuntut umatnya untuk sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan yang kita hadapi.

Bersabar perlu dalam banyak perkara. Dalam mencapai usaha, mengejar cita-cita, mahupun dalam keadaan yang sedang duka. Menunggu, menanti dan mengharap juga memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi.

Persoalan kenapa ia begitu sukar untuk dilakukan, kerana ia sesuatu yang dituntut. Lumrah kehidupan juga manusia, yang baik itu amat sukar dilaksanakan. Namun godaan syaitan pula begitu sukar untuk dielak.

Nasihatku kepada diri sendiri, juga pembaca yang mungkin ada membaca soal ini, harap bersabarlah dalam ranjau kehidupan. Tidak ada sesuatu yang mampu datang bergolek. Andai kita sabar, keindahan pasti muncul didepan. Allah sentiasa mahukan yang terbaik untuk hambanya.


Lots of love,
A Z I R A